MENU

MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN AHLI MAJLIS

MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU BAGI PENGGAL 2020-2022

 

SELASA, 9 JUN 2020: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Terengganu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Hulu Terengganu. Turut hadir ke majlis ini ialah Y.B Ustaz Haji Maliaman bin Kassim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap ADUN Ajil bersama En. Muhd Safari bin Abu, Penyelaras DUN Telemong. Seramai 23 orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri hadir bagi Sesi Angkat Sumpah Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Terengganu Bagi Tahun 2020 sehingga 2022 di hadapan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.