MENU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih dan selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung PORTAL Majlis Daerah Hulu Terengganu. Majlis Daerah Hulu Terengganu Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bertanggungjawab dalam aspek kawalan pemajuan dan pembangunan, perkhidmatan perbandaran, perancangan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan sukan dan riadah serta  pengindahan dan keceriaan bandar kepada penduduk.

Majlis Daerah Hulu Terengganu dalam merealisasikan VISI, ‘ Menjadikan MDHT sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang BERDIKARI, BERDAYA SAING, CEMERLANG dan CAKNA RAKYAT dan MISI Jabatan, “Menggembeleng segala sumber yang ada untuk meningkatkan keupayaan majlis bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat” sentiasa peka dan sentiasa berusaha untuk menambahbaik sistem penyampaian sekaligus mengutamakan keperluan serta kepuasan pelanggan.  

Majlis Daerah Hulu Terengganu turut mengalu-alukan sebarang idea, pandangan atau cadangan dalam menambah nilai kandungan laman ini atau bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Adalah menjadi harapan kemudahan yang disediakan ini dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat berilmu di dalam era teknologi maklumat kini.

Saya bersyukur kerana kami dapat mempersembahkan laman web ini untuk tatapan dan pengetahuan pengunjung-pengunjung semua. Saya berharap agar ianya menjadi satu input kepada semua mengenai maklumat Majlis, peranan dan fungsi serta perkhidmatan yang kami sediakan.

Laman web ini juga merupakan satu garis panduan yang boleh digunapakai oleh pelanggan dalam berurusan dengan Majlis dan besarlah harapan saya agar maklumat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin dalam usaha kita untuk sama-sama membangunkan Daerah Hulu Terengganu ini.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari laman web Majlis Daerah Hulu Terengganu dan berharap agar pengunjung semua berpuas hati dengan persembahan ini. Sekiranya pihak tuan mempunyai apa-apa cadangan dan komen yang membina sila kemukakan kepada kami bagi penambahbaikan laman web ini.

Kepada semua yang berkunjung ke Hulu Terengganu, saya ucapkan SELAMAT DATANG. Nikmatilah keindahan bandar kami....

Sekian, terima kasih.

ENCIK OSMAN BIN A.BAKAR
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU