
Proses Kerja Bagi Penerimaan Permohonan
Pekeliling Bil.1/2008- SUK.TR.JPA(S)TT. 193/37 Klt.5(38)
| Bil | Proses Kerja | 
|---|---|
| PENERIMAAN & PENDAFTARAN PERMOHONAN LENGKAP | |
| 1. | Beri Senarai Semak dan Borang Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan kepada pemohon. | 
| 2. | Terima pelan dan dokumen berkaitan yang dikemukakan pemohon. Semak dan tandakan pada senarai semak Kelulusan Pelan Bangunan untuk penerimaan permohonan.  | 
| 3. | Jika tidak lengkap, pulangkan pelan dan dokumen kepada pemohon. | 
| 4. | Jika lengkap, daftarkan permohonan dan buka bil. | 
| PENGEDARAN PELAN & DOKUMEN PERMOHONAN UNTUK ULASAN / SOKONGAN TEKNIKAL | |
| 1. | Sediakan Borang B1 dan C1 untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan telah diterima dan diproses. | 
| 2. | Sediakan Borang B2 dan C2 Permohonan Ulasan / Sokongan Jabatan-jabatan Teknikal dan isi Rekod Daftar pada fail permohonan.Serah Borang B2 kepada PAR OSC. | 
| 3. | Tandatangan Borang B1, C1 dan B2, C2 untuk edaran jabatan-jabatan Teknikal | 
| 4. | Edarkan Borang B2, pelan dan dokumen-dokumen berkaitan ke Jabatan-jabatan Teknikal | 
| PENGEDARAN PELAN & DOKUMEN PERMOHONAN UNTUK ULASAN / SOKONGAN TEKNIKAL | |
| 1. | Terima sokongan / ulasan jabatan teknikal dalam tempoh 14 hari. Rekodkan ulasan / sokongan pada Rekod Daftar fail permohonan/Portal. | 
| 2. | Sekiranya ulasan tidak diterima melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan, surat peringatan akan dikeluarkan. | 
Proses Kerja Bagi Penerimaan Permohonan

										
										










