Langkau ke kandungan

Berita

TAHNIAH KONTINJEN KARATE SUKMA NEGERI TERENGGANU
Aktiviti Majlis

TAHNIAH KONTINJEN KARATE SUKMA NEGERI TERENGGANU

Setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen Karate SUKMA atas kejayaan meraih 1 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak. Pingat telah dikalungkan oleh YB Zuraida Md Nor, diiringi En. Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu selaku Jabatan angkat bagi sukan karate Negeri Terengganu. Syabas dan tahniah atas kejayaan yang membanggakan! Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama negeri.

Baca Lagi
SESI TAZKIRAH BULANAN: “INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK”
Aktiviti Majlis

SESI TAZKIRAH BULANAN: “INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK”

SESI TAZKIRAH BULANAN: “INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK” KHAMIS, 20 OGOS 2026 : Majlis Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan Sesi Tazkirah Bulanan bagi bulan Ogos 2026 bertajuk “Indahnya Hidup Bersyariat: Pendidikan Awal Kanak-Kanak” yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Hulu Terengganu. Sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanis bin Roslan, Pegawai Seranta DUAT Kuala Berang, yang turut mengupas kepentingan penerapan nilai-nilai Islam serta pendidikan berteraskan syariat dalam pembentukan sahsiah dan akhlak mulia sejak peringkat awal kanak-kanak. Penganjuran sesi tazkirah ini merupakan salah satu pengisian program keagamaan bulanan yang dilaksanakan sebagai usaha berterusan pihak jabatan dalam memperkukuh nilai kerohanian, membentuk keperibadian terpuji serta meningkatkan penghayatan terhadap tuntutan agama dalam kalangan warga kerja. Semoga perkongsian dan pengisian yang disampaikan dapat memberikan manfaat serta menjadi panduan dalam membentuk keluarga dan generasi yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada nilai-nilai syariat Islam.

Baca Lagi
PROGRAM SANTUNAN JABATAN ANGKAT KONTINJEN KARATE SUKMA TERENGGANU TAHUN 2026 MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
Aktiviti Majlis

PROGRAM SANTUNAN JABATAN ANGKAT KONTINJEN KARATE SUKMA TERENGGANU TAHUN 2026 MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

PROGRAM SANTUNAN JABATAN ANGKAT KONTINJEN KARATE SUKMA TERENGGANU TAHUN 2026 MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KHAMIS, 13 OGOS 2026: Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dilantik sebagai Jabatan Angkat menyantuni Pasukan Karate SUKMA Negeri Terenganu yang akan mewakili Negeri Terengganu di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026 di Selangor Darul Ehsan. Hadir ke program ini ialah En. Nik Mohd Syahrom bin Nik MD Hashim, Yang Dipertua MDHT bagi menyampaikan sumbangan tunai sebagai pemangkin semangat kepada semua ahli pasukan. Beliau turut mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga memperoleh kejayaan kepada Pasukan Karate SUKMA Negeri Terengganu. "𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚!"

Baca Lagi
PELAKSANAAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI SEPENUHNYA BERSAMA MDHT
Pengumuman

PELAKSANAAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI SEPENUHNYA BERSAMA MDHT

MAKLUMAN RASMI: PELAKSANAAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI SEPENUHNYA BERSAMA MDHT Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) ingin memaklumkan bahawa semua urusan pembayaran hendaklah dibuat secara TANPA TUNAI SEPENUHNYA bermula 1 September 2026. Transaksi tunai tidak lagi diterima selepas tarikh tersebut. - Fasa Peralihan: Kini sehingga 31 Ogos 2026 sahaja bagi memberi ruang kepada pelanggan menyesuaikan diri. - Kaedah Pembayaran: Kad Debit/Kredit, Pemindahan Atas Talian, QR Payment, PBTPay*, dan Terengganu Pay (TPay)*.(Nota: Penggunaan PBTPay dan Terengganu Pay (TPay) adalah khusus untuk urusan cukai dan sewaan sahaja). - Kelebihan: Mudah digunakan bila-bila masa, transaksi lebih pantas/efisien, serta lebih selamat dan terjamin. Mohon kerjasama seluruh warga Hulu Terengganu untuk beralih ke arah digital demi kemudahan bersama. Hubungi MDHT di talian 09-6811 466 atau e-mel kewanganmdht@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Baca Lagi
JASAMU DIKENANG

JASAMU DIKENANG

JASAMU DIKENANG Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB. Dato' Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Kewangan Negeri, atas segala jasa, sumbangan, budi serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat. Semoga YB. Dato' dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga. Terima kasih atas segala jasa! Ikhlas daripada, Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Baca Lagi
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲

Baca Lagi