Langkau ke kandungan

PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENE SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Kongsi
PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENE SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

ISNIN, 31 OGOS 2026 : Kontinjen Perbarisan Kawad Kaki Majlis Daerah Hulu Terengganu telah menyertai pertandingan Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang bertemakan β€œMalaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati” bagi kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform. Yang Dipertua MDHT, YBrs. Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik MD Hashim memberi tabik hormat kepada kontinjen perbarisan MDHT. Turut hadir juga En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha MDHT bagi memberikan sokongan kepada kontinjen perbarisan MDHT.

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat terutama sekali kepada pihak pengurusan dan urusetia perbarisan kawad kaki MDHT yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada kontijen perbarisan kawad kaki MDHT. Tahniah & Syabas sekali lagi!

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

MDHT TERUS MELANGKAH, TERUS BERSEMANGAT!

Berita Berkaitan

Tahniah dan syabas!

Tahniah dan syabas!

Tahniah dan syabas Majlis Daerah Hulu Terengganu di atas penganugerahan Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) tahap 1.

Baca Lagi
TAHNIAH DAN SYABAS!

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu atas kejayaan meraih ANUGERAH PLATINUM dalam Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026. Kejayaan ini diraih menerusi projek inovasi: πŸ† β€œMempercepat Proses Pengeluaran Lesen Pasar Malam/Sehari daripada 14 Hari kepada 30 Minit.” Kejayaan ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan usaha berterusan Bahagian Pelesenan dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat melalui pendekatan yang lebih pantas, cekap dan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja serta pasukan yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini. Ucapan penghargaan juga kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu & pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Terengganu yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menjayakan projek RKB ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta perubahan, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif serta berorientasikan rakyat.

Baca Lagi