Soalan Lazim
Cukai Taksiran / Pintu ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti:
Rumah Kediaman
Harta Perniagaan dan Perusahaan (Kedai,Kilang Hotel dsd) yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)
Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu dibayar 2 kali setahun iaitu :-
½ tahun pertama 1 Januari hingga 28hb.Februari
½ tahun kedua 1 Julai hingga 31hb.Ogos bagi tiap-tiap tahun.
Mengikut akta 171, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut :-
Bagi tunggakan kurang dari RM200.00 denda dikenakan sebanyak RM2.00. Bagi tunggakan lebih dari RM 200.00 denda dikenakan sebanyak 1%.
Notis (borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki‚ menjelaskan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis.
Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan MDHT merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan, atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut seksyen 151, Bayaran waran sebanyak 10% juga akan dikenakan.
Bayar segera sebelum 28hb. Februari / 31hb.Ogos pada tiap-tiap tahun.
Datang sendiri ke Pejabat MDHT untuk mendapatkan bil-bil tuan/puan. Jangan lupa bawa maklumat seperti :-
No.Lot / No.Rumah dan kedudukan harta.
No.Akaun (jika ada) atau
Bawa bil lama untuk rujukan
Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut, harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada MDHT sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan seksyen 151(6), Akta 171, Kerajaan Tempatan, melindungi anda.
Semak dulu dengan MDHT untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal dikemudian hari. Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua tunggakan adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.
Beritahu kepada MDHT dengan mengisikan :
Borang I dan lain-lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik / penjualan.
Borang J dan lain-lain yang berkenaan dalam tempoh 1 tahun selepas kematian pemilik harta bagi harta yang diwariskan.Jika gagal pihak MDHT boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 160(6), Akta 171 Kerajaan Tempatan.
Cukai keatas harta anda boleh dikurangkan dengan syarat anda member notis secara bertulis kepada MDHT mengenai kekosongan itu. Anda juga perlu memberitahu MDHT jika bangunan tersebut telah :-
Diruntuhkan
Diubah ketapak lain
Dimusnahkan oleh kebakaran, angin rebut atau sebab-sebab lain.
MDHT akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat MDHT bagi membincangkan perkara ini dengan pihak MDHT. Pihak MDHT juga bersedia menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai cukai taksiran / cukai pintu.