Makluman Penggunaan Sistem Pengurusan Permit Sementara (TemPe)
Dimaklumkan bahawa urusan semakan dan bayaran permit sementara kini boleh dibuat melalui Sistem TemPe. Penggunaan sistem ini bertujuan menyokong proses pembayaran yang lebih sistematik, telus dan teratur, selaras dengan komitmen Majlis dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus yang baik.
Sila tekan link dibawah untuk mengakses sistem TemPe.
https://www.mdht.gov.my/ms
NOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN FT247 โ JAMBATAN SG. KEPAH
Dimaklumkan bahawa Jalan FT247 Seksyen 11.60, Jalan Kuala Berang โ Sungai Tong, melibatkan Jambatan Sungai Kepah, akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
JABATAN KERJA RAYA HULU TERENGGANU.
MAKLUMAN
Senarai Ejen bayaran parkir kereta di Kuala Berang dan Ajil.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ejen parkir MDHT adalah :
1) Bayaran parkir di sekitar Kuala Berang&Ajil (Jam,Harian,Bulanan)
2) Bayaran kompaun
3) Tambah nilai kredit ke dalam HTpark
Cara bayaran adalah bergantung kepada pihak ejen parkir
TERENGGANU TANPA TUNAI 2026
Jom bersama membudayakan pembayaran tanpa tunai di MDHT
Lebih pantas, selamat dan mudah untuk urusan harian.
Ayuh kita sokong ekosistem Full Cashless MDHT demi kemudahan komuniti Daerah Hulu Terengganu.
Sentuh dan Bayar Sekarang
Sesi Bicara Santai Siri 3/2026
Bersama YB Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan
Bertempat di Ulu Garden Homestay & Event, Hulu Terengganu, program ini dihadiri oleh YB Datoโ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan bersama Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Datuk Bandar, YDP-YDP PBT Negeri Terengganu dan disambut oleh Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md. Hashim, YDP Majlis Daerah Hulu Terengganu.
SELAMAT DATANG, PUAN NOREHAN BINTI MOHAMAD
Seluruh warga Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan penuh rasa hormat dan tulus hati mengalu-alukan kehadiran puan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Semoga kehadiran puan menjadi suntikan semangat, membawa idea dan inspirasi baharu di Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Selamat datang dan selamat menjalankan amanah. Semoga setiap langkah yang diatur dipermudahkan dan segala usaha yang dicurahkan memberi manfaat serta meninggalkan nilai yang bermakna buat kita semua di Hulu Terengganu.
SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH
Sekalung penghargaan buat En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha, atas segala dedikasi, komitmen dan sumbangan sepanjang berada di Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Setiap amanah yang dilaksanakan dan setiap sumbangan yang dicurahkan pastinya menjadi sebahagian daripada perjalanan serta kenangan yang akan terus dihargai.
Semoga terus cemerlang dalam amanah baharu di Majlis Perbandaran Dungun.
Terima kasih atas segala jasa. Selamat melangkah ke destinasi baharu.
MAJLIS SEKALUNG BUDI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026 : Majlis Sekalung Budi Majlis Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Terbuka Majlis Daerah Hulu Terengganu sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Hamdan bin Mohd Nor, yang akan bertukar perkhidmatan ke Majlis Perbandaran Dungun.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Ahli-ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Penganjuran majlis ini merupakan satu penghormatan kepada Encik Hamdan bin Mohd Nor atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Segala jasa dan usaha yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga kerja MDHT. Sesungguhnya, perpindahan ini bukanlah noktah kepada sebuah hubungan, sebaliknya menjadi lembaran baharu untuk terus mengukir kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
Seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Semoga Encik Hamdan bin Mohd Nor terus dikurniakan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kecemerlangan dalam menjalankan amanah di Majlis Perbandaran Dungun.
Sekalung budi, setinggi-tinggi penghargaan.
Jasa dikenang, bakti disanjung
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima - penerima atas pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengurniaan tersebut disempurnakan dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima - penerima atas pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengurniaan tersebut disempurnakan dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU.
Ikhlas daripada:
Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu
๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima - penerima atas pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengurniaan tersebut disempurnakan dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU.