Langkau ke kandungan

LAWATAN KERJA KE WAT AKIYAKIRI, KAMPUNG PAUH LIMA KOTA BAHRU

Kongsi
LAWATAN KERJA KE WAT AKIYAKIRI, KAMPUNG PAUH LIMA KOTA BAHRU

LAWATAN KERJA KE WAT AKIYAKIRI, KAMPUNG PAUH LIMA KOTA BAHRU

ISNIN, 24 OGOS 2026 : Satu lawatan kerja yang di Ketuai oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, bersama YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah diadakan di Wat Akiyakiri, Kg Pauh Lima, Kota Bharu.

Delegasi telah disambut oleh YB Wan Rohimi Wan Daud, ADUN Melor, bersama Ketua Whip MDKPI, Encik Mohd Asri Yunus serta pegawai-pegawai MDKPI. Turut serta dalam lawatan tersebut, En Hamdan bin Mohd Nor Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Puan Asfazilah binti Samad, Timbalan Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia Negeri Terengganu.

Pelbagai maklumat mengenai pengurusan dan pengoperasian krematorium diperolehi hasil dari lawatan tersebut. Di samping itu pihak delegasi juga mendapat gambaran sebenar mengenai aspek-aspek berkaitan yang boleh dijadikan rujukan dalam meneliti perancangan kemudahan seumpamanya di Hulu Terengganu.

Sepanjang lawatan, turut berlangsung perkongsian pandangan dan maklumat yang memberi manfaat kepada pihak-pihak terlibat, khususnya dalam memahami keperluan pengurusan kemudahan tersebut dari sudut pihak berkuasa tempatan. Penerangan lanjut turut diberikan oleh Encik Koo Bon Chin wakil dari Pertubuhan Perkuburan Tionghua Wakaf Tapai, Marang berkenaan cadangan pembangunan yang akan di bangunkan di Daerah Hulu Terengganu. Penerangan dan pandangan dari pelbagai pihak tersebut dapat dijadikan panduan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melayani permohonan yang diterima dan membuat keputusan.

Diharapkan lawatan ini juga dapat memberi idea serta input baharu dalam merancang pembangunan daerah yang lebih tersusun, inklusif, berdaya huni dan mesra komuniti, dan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk masyarakat.

Berita Berkaitan

MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PERMIT SEMENTARA (TemPe)
Pengumuman

MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PERMIT SEMENTARA (TemPe)

Makluman Penggunaan Sistem Pengurusan Permit Sementara (TemPe) Dimaklumkan bahawa urusan semakan dan bayaran permit sementara kini boleh dibuat melalui Sistem TemPe. Penggunaan sistem ini bertujuan menyokong proses pembayaran yang lebih sistematik, telus dan teratur, selaras dengan komitmen Majlis dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus yang baik. Sila tekan link dibawah untuk mengakses sistem TemPe. https://www.mdht.gov.my/ms

Baca Lagi
PEMBERITAHUAN  PENUTUPAN JALAN FT247 – JAMBATAN SG. KEPAH
Pengumuman

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN FT247 – JAMBATAN SG. KEPAH

NOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN FT247 – JAMBATAN SG. KEPAH Dimaklumkan bahawa Jalan FT247 Seksyen 11.60, Jalan Kuala Berang – Sungai Tong, melibatkan Jambatan Sungai Kepah, akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai. Sekian, terima kasih. JABATAN KERJA RAYA HULU TERENGGANU.

Baca Lagi
SENARAI EJEN BAYARAN PARKIR KERETA DI KUALA BERANG DAN AJIL
Pengumuman

SENARAI EJEN BAYARAN PARKIR KERETA DI KUALA BERANG DAN AJIL

MAKLUMAN Senarai Ejen bayaran parkir kereta di Kuala Berang dan Ajil. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ejen parkir MDHT adalah : 1) Bayaran parkir di sekitar Kuala Berang&Ajil (Jam,Harian,Bulanan) 2) Bayaran kompaun 3) Tambah nilai kredit ke dalam HTpark Cara bayaran adalah bergantung kepada pihak ejen parkir

Baca Lagi