Langkau ke kandungan

MAJLIS SEKALUNG BUDI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

Kongsi
MAJLIS SEKALUNG BUDI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026 : Majlis Sekalung Budi Majlis Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Terbuka Majlis Daerah Hulu Terengganu sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Hamdan bin Mohd Nor, yang akan bertukar perkhidmatan ke Majlis Perbandaran Dungun.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Ahli-ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Penganjuran majlis ini merupakan satu penghormatan kepada Encik Hamdan bin Mohd Nor atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Segala jasa dan usaha yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga kerja MDHT. Sesungguhnya, perpindahan ini bukanlah noktah kepada sebuah hubungan, sebaliknya menjadi lembaran baharu untuk terus mengukir kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.

Seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Semoga Encik Hamdan bin Mohd Nor terus dikurniakan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kecemerlangan dalam menjalankan amanah di Majlis Perbandaran Dungun.

Sekalung budi, setinggi-tinggi penghargaan.

Jasa dikenang, bakti disanjung

Berita Berkaitan

Tahniah dan syabas!

Tahniah dan syabas!

Tahniah dan syabas Majlis Daerah Hulu Terengganu di atas penganugerahan Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) tahap 1.

Baca Lagi
TAHNIAH DAN SYABAS!

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu atas kejayaan meraih ANUGERAH PLATINUM dalam Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026. Kejayaan ini diraih menerusi projek inovasi: πŸ† β€œMempercepat Proses Pengeluaran Lesen Pasar Malam/Sehari daripada 14 Hari kepada 30 Minit.” Kejayaan ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan usaha berterusan Bahagian Pelesenan dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat melalui pendekatan yang lebih pantas, cekap dan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja serta pasukan yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini. Ucapan penghargaan juga kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu & pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Terengganu yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menjayakan projek RKB ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta perubahan, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif serta berorientasikan rakyat.

Baca Lagi