SESI TAZKIRAH BULANAN: “INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK”
SESI TAZKIRAH BULANAN: “INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK”
KHAMIS, 20 OGOS 2026 : Majlis Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan Sesi Tazkirah Bulanan bagi bulan Ogos 2026 bertajuk “Indahnya Hidup Bersyariat: Pendidikan Awal Kanak-Kanak” yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanis bin Roslan, Pegawai Seranta DUAT Kuala Berang, yang turut mengupas kepentingan penerapan nilai-nilai Islam serta pendidikan berteraskan syariat dalam pembentukan sahsiah dan akhlak mulia sejak peringkat awal kanak-kanak.
Penganjuran sesi tazkirah ini merupakan salah satu pengisian program keagamaan bulanan yang dilaksanakan sebagai usaha berterusan pihak jabatan dalam memperkukuh nilai kerohanian, membentuk keperibadian terpuji serta meningkatkan penghayatan terhadap tuntutan agama dalam kalangan warga kerja.
Semoga perkongsian dan pengisian yang disampaikan dapat memberikan manfaat serta menjadi panduan dalam membentuk keluarga dan generasi yang berilmu, berakhlak dan berpegang teguh kepada nilai-nilai syariat Islam.