Piagam Pelanggan

Image
Maklumbalas Dan Aduan:
  • Aduan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima (Tertakluk kepada aduan yang tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan).

 

Pelan Bangunan
  • Meluluskan permohonan pelan bangunan jenis skim dan premis perniagaan dalam tempoh 57 hari daripada tarikh syarat dipatuhi berserta dengan dokumen yang lengkap diterima.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan bangunan bukan jenis skim (4 unit ke bawah ) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh syarat dipatuhi.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan tambahan dan pindaan kepada bangunan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh syarat dipatuhi.
  • Mengeluarkan keputusan pelan permit kerja bangunan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh syarat dipatuhi.

 

Pelan Landskap
  • Memastikan permohonan pelan landskap diberi kelulusan dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

    Surat Sokongan Perakuan Siap & Pematuhan (CCC).
  • Mengeluarkan Surat Sokongan Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) Layak Menduduki untuk bangunan dalam tempoh 14 hari.

    Kebenaran Merancang
  • Keputusan Kebenaran Merancang yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 57 hari. 

 

Pembersihan Jalan Dan Rumput.
  • Kerja pembersihan jalan dilakukan setiap hari kecuali Hari Jumaat di kawasan perumahan dan Jalan Protokol dan kawasan tumpuan awam. 
  • Kerja merumput dijalankan setiap hari kecuali Hari Jumaat di kawasan perumahan dan Jalan Protokol dan kawasan tumpuan awam.

 

Pinjaman Peralatan Gotong-Royong (Jentera).
  • Kelulusan permohonan pinjaman peralatan (Jentera) gotong -royong dalam tempoh 7 hari bekerja.

    Keputusan Permohonan Lesen.
  • Keputusan permohonan lesen akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 1 - 21 hari bekerja.

    Pungutan Dan Pengangkutan Sampah.
  • Memberi perkhidmatan pungutan dan pengangkutan sampah setiap hari bagi kawasan operasi MDHT.

 

Pengeluaran Bil Dan Bayaran Pembekal.
  • Memastikan Bil Cukai Taksiran bagi setengah tahun pertama (Januari - Jun) Dikeluarkan sebelum Bulan Februari dan bagi setengah tahun kedua (Julai - Disember) sebelum Bulan Ogos bagi setiap tahun. Cukai Taksiran yang gagal dibayar selepas 31 Ogos akan dikenakan denda.
  • Pembayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan akan dibayar selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima sebagaimana Arahan Perbendaharaan 103 (A).

 

Operasi Haiwan Berkeliaran.
  • Operasi Haiwan Merayau bagi mengurangkan ternakan berkeliaran dalam kawasan operasi Majlis Daerah Hulu Terengganu akan dijalankan sebanyak 1 kali dalam sebulan.


Sewaan Pokok Hiasan.
  • Permohonan sewaan pokok hiasan yang telah diselesaikan dalam tempoh sehari sebelum daripada tarikh program dilaksanakan.
Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU