MESYUARAT PENUTUP MENGENAI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

MESYUARAT PENUTUP MENGENAI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

KHAMIS, 23 OKTOBER 2025 : Mesyuarat Penutup Penyata Kewangan Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama MDHT bersama pihak Jabatan Audit Negara.

Sesi ini bertujuan membentangkan dapatan serta maklum balas hasil semakan audit terhadap penyata kewangan MDHT bagi tahun berkenaan. Turut hadir Yang Dipertua En. Nasir bin Kasim, Setiausaha En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor serta ketua-ketua Jabatan MDHT dan wakil Jabatan Audit Negara bagi membincangkan penemuan serta penambahbaikan dalam aspek pengurusan dan pelaporan kewangan.

Majlis Daerah Hulu Terengganu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan proses penyediaan dan pengauditan penyata kewangan berjalan lancar, selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) serta prinsip tadbir urus kewangan yang telus dan berintegriti.

Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU