MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU MENGORAK LANGKAH KE ARAH BANDAR PINTAR
Selasa, 16 Oktober 2025 : Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah berjaya melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Hulu Terengganu 2030. Pelancaran itu telah diadakan dalam Program Terengganu Smart City Activation Day (TSCA) 2025, bertempat di The Langit Duyong Marina Resort,Kuala Terengganu pada 14 Oktober 2025 (Selasa).
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu.
Pelancaran Pelan Tindakan ini menunjukkan komitmen MDHT dalam menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu ke arah pembangunan Bandar Pintar dan Mampan.
Terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu melalui PLANMalaysia@Terengganu atas penganjuran program yang berimpak tinggi ini.
Majlis Daerah Hulu Terengganu akan terus menyokong usaha menjadikan Terengganu Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Mampan.





















