
Apa itu Cukai Taksiran Am
Cukai Taksiran Am ialah cukai harta yang dikenakan ke atas semua pegangan atau harta di dalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada nilai tahunan dan kadar tahunan sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Mengapa Cukai Taksiran Perlu Dikenakan?
Cukai Taksiran Am dikenakan bagi membiayai perkara berikut:
- Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam seperti lampu jalan, perhentian bas, tandas awam, padang, tempat rekreasi, pasar awam, jalan dan parit.
- Perkhidmatan pembersihan kawasan perumahan, perniagaan dan kawasan awam melalui pungutan sampah, pemotongan rumput, landskap dan pengindahan bandar.
- Penyediaan dan penyelenggaraan medan selera, lampu jalan dan longkang di kawasan tumpuan utama.
Bagaimana Cukai Taksiran Diambilkira?
Cukai Taksiran Am dikira berdasarkan Nilai Tahunan dan Kadar Tahunan.
- Nilai Tahunan berdasarkan nilai sewa semasa.
- Kadar Tahunan ditetapkan mengikut kategori harta dan lokasi.
Contoh Pengiraan
Nilai Sewa Bulanan: RM400.00
Nilai Tahunan: RM400 × 12 = RM4,800
Kadar Tahunan: 4%
Cukai Taksiran Am:
RM4,800 × 4% = RM192 setahun











