HEBAHAN : PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DAN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari isi rumah, Daerah Hulu Terengganu.

Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk membantu orang ramai, khususnya yang berada di daerah Hulu Terengganu dan sekitarnya melupuskan buangan E-Waste ini mengikut kaedah yang betul dan selamat.

Program ini akan diadakan pada 27 Mei 2023 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari bertempat di Tapak Pasar Tani, Kuala Berang.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyumbangkan bahan buangan elektrikal dan elektronik ini untuk ditukar dengan wang tunai mengikut harga yang ditetapkan.

Contoh bahan buangan elektrikal dan elektronik ini adalah :

1, Televisyen

2.Komputer Peribadi;

3.Mesin basuh;

4.Pendingin hawa;

5.Peti ais;

6.Telefon bimbit; dan

7. Lain-lain barangan elektrikal dan elektronik dari isi rumah

Di samping itu, Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai juga diadakan oleh Syarikat SALLY GLOBAL ENTERPRISE KUANTAN yang bersedia membeli dengan harga 2.00/kg daripada orang ramai yang hadir.

JOM kita hadir ramai-ramai, menyokong usaha-usaha Majlis Daerah Hulu Terengganu dalam memastikan bahan buangan elektrikal dan elektronik dari isi rumah dapat diuruskan dengan betul dan selamat dan pengurusan terbaik sisa minyak masak terpakai kepada kegunaan yang mesra alam sekitar.

Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU