PROGRAM KESEDARAN INTEGRITI KEPADA KONTRAKTOR/PEMBEKAL DI BAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PERINGKAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

PROGRAM KESEDARAN INTEGRITI KEPADA KONTRAKTOR/PEMBEKAL DI BAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PERINGKAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

RABU, 27 JULAI 2022: Telah diadakan program Kesedaran Integriti Kepada Kontraktor/Pembekal di Bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Peringkat Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Program ini telah diadakan di Dewan Yayasan Salim, Tok Randok, Ajil dengan dihadiri oleh para kontraktor/pembekal MDHT dan turut dihadir sama oleh Ahli Majlis dan Ketua Jabatan/ Bahagian/ Unit MDHT.
Program dengan kerjasama pihak Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran pihak kontraktor/ pembekal dalam isu-isu integriti.
Selain itu, program ini bertujuan menyemai nilai murni dan etika integriti dalam kalangan kontraktor/ pembekal MDHT bagi memastikan urusan perolehan MDHT dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Disamping taklimat integriti yang disampaikan oleh Pn. Mazlifah binti Muhammad, Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), para kontraktor/ pembekal turut sama-sam melafazkan ikrar bebas rasuah yang dibacakan di hadapan Tuan yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif.
Terima kasih kepada semua kontraktor/ pembekal yang sudi hadir menjayakan program berkenaan.
Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.