PERBINCANGAN BERKAITAN PENGELUARAN CCC BAGI PROJEK PERUMAHAN MAMPU MILIK PADANG SETENGGA DI KPKT
RABU, 17 OGOS 2022: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 27, Jabatan Kerajaan Tempatan, Putrajaya berkaitan Pengeluaran Certificate of Completion & Compliance (CCC) bagi Projek Rumah Mampu Milik Padang Setenge di bawah seliaan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.
Hadir ke perbincangan itu ialah Tn. Haji lukema Meri bin Sallleh@Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama Pegawai Perancang Bandar & Desa, Pen. Pegawai Undang-undang, Penolong Jurutera Bangunan dan Projek.