Local Agenda 21

Image
Image
Unit Local Agenda 21 Majlis Daerah Hulu Terengganu
Tel : 09-6811466 / 149 
Faks : 09-6811655

Local Agenda 21 (LA21)

Pada bulan Jun 1992, seramai 178 Ketua Negara ( termasuk Malaysia ) menghadiri Persidangan Kemuncak Bumi Bangsa-Bangsa Bersatu di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu pelan tindakan dunia bagi pembangunan mampan. Pelan ini dikenali sebagai Agenda 21- satu Agenda untuk mencapai pembangunan mampan di abad 21.

Bab ke 28 Agenda 21 menekankan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan menerusi Program Local Agenda 21 (LA21). Oleh yang demikian LA21 adalah Agenda 21 yang dilaksanakan di peringkat tempatan. Local Agenda 21 (LA21) merupakan suatu program yang menekankan penglibatan 3 pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Pembangunan Mampan

Definisi pembangunan mampan" pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menjejaskan kemampuan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka" (Sumber:World Commission On Environmental & Development,1987).

Ciri- ciri Pembangunan Mampan

01

Alam sekitar

Pembangunan yang benar-benar mengambilkira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
02

Kesaksamaan sosial

Pembangunan yang menyumbang kepada pemerolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar.
03

Ekonomi wajar

Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.
01

Masa hadapan

Memastikan bahawa keputusan yang di ambil kira tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi masa depan.
01

Penyertaan

Proses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibat.
01

Tindakan tempatan/impak global

Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada resolusi isu global
Image
Objektif Local Agenda 21
  • Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.
  • Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama.
  • Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21.
  • Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.
  • Mengguna pakai pendekatan dan pelaksanaan di setiap PBT.
Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.