PROGRAM WALKABOUT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE BAZAR RAMADAN KUALA PING DAN TELEMONG

RABU, 12 APRIL 2023: Program Walkabout Majlis Daerah Hulu Terengganu Bersama Penyelaras DUN Telemong Ke Bazar Ramadan Kuala Ping dan Telemong.

Turut diadakan ialah Pelancaran ‘Kempen Ramadan Sihat Majlis Daerah Hulu Terengganu 2023’ yang dilancarkan oleh Penyelaras DUN Telemong, En. Safari bin Abu. Hadir menjayakan program ini ialah Ahli- ahli Majlis, Ketua- ketua Jabatan, Bahagian dan Unit serta kakitangan MDHT. Antara aktiviti sepanjang program ini ialah acara pengagihan apron beserta gimik menyarungkan apron kepada para peniaga bazar dan pengagihan beg sempena 'Kempen Ramadan Sihat Majlis Daerah Hulu Terengganu 2023' kepada para pengunjung bazar.

'Kempen Ramadan Sihat MDHT 2023' yang dilancarkan melalui program ini adalah rentetan daripada 'Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran' menyokong SDG 12@ Matlamat Pembangunan Mampan Ke-12 dan Program ‘Cabaran Jom Sihat’ Peringkat Majlis Daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Ulang Tahun ke-41 Majlis Daerah Hulu Terengganu yang telah dilancarkan sebelum ini dengan objektif menggalakkan sekaligus membentuk kakitangan yang sihat, produktif di samping mendidik masyarakat supaya tidak membazir dan membeli mengikut keperluan sekaligus membentuk komuniti sihat di masa hadapan.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU