PROGRAM PENGINDAHAN KAWASAN MEMORIAL BATU BERSURAT BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG BULUH HULU TERENGGANU DI BAWAH LOCAL AGENDA 21 MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

Khamis 25 Ogos 2022 : Program Kedua Di Bawah Local Agenda 21 Tahun 2022 telah berjaya dilaksanakan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan komuniti daripada Kampung Buluh Hulu Terengganu. Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP MDHT Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh@Abd Latif dengan diiringi oleh Pengarah LMNT Haji Azmi Bin Ngah. Turut serta dalam program ini adalah peserta Pusat Aktiviti Warga Emas Hulu Terengganu (PAWE) bersama beberapa agensi kerajaan seperti PDRM,Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian serta gimik pelancaran dengan menanam pokok kelapa pandan oleh YDP MDHT bersama Pengarah LMNT sebelum aktiviti goyong royong membersihkan kawasan Memorial Batu Bersurat yang merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong ke daerah ini. Program ini turut dijayakan dengan aktiviti memasak secara gotong royong oleh penduduk kampung.
Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU