PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PENGINDAHAN KB STREET BERSAMA KOMUNITI BANDAR KUALA BERANG

ISNIN, 12 SEPTEMBER 2022: Satu program Local Agenda 21 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Program Gotong Royong dan Pengindahan KB Street Bersama Komuniti Bandar Kuala Berang telah di laksanakan pada 12 September 2022. Program tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MDHT, Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli bin Mat Daud, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu Encik Rosli bin Chik serta di iringi Tuan Setiausaha, Ahli Ahli Majlis dan pegawai pegawai Jabatan MDHT.

Program ini dilaksanakan hampir dihadiri seramai 400 orang yang melibatkan agensi agensi Kerajaan, agensi swasta, NGO dan Pihak Berkuasa Tempatan dan komitmen masyarakat setempat sendiri. Antara aktiviti aktiviti yang telah diadakan adalah program gotong royong di sekitar lorong belakang dan laluan KB Street, mengecat dinding, dan pertandingan melukis oleh pelajar - pelajar sekolah sekitar Kuala Berang yang telah dipilih oleh Pegawai Pendidikan Daerah.

Tujuan melaksanakan program ini adalah untuk mewujudkan kerjasama dan mengeratkan hubungan di antara pihak pihak agensi bersama masyarakat di dalam pembangunan bandar. Selain itu, program ini dapat menukarkan imej negetif lorong belakang yang kurang ceria dan kotor kepada kawasan yang lebih indah, cantik, dan selamat bagi menggalakkan orang ramai untuk berjalan kaki dan menggunakan kawasan itu.

Selaras dengan pelaksanaan program ini, dapat mewujudkan kawasan tumpuan pelancongan di dalam Pusat Bandar Kuala Berang dengan mengambil kira kekuatan yang sedia ada di tempat tersebut.
Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU