PERJUMPAAN PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD(TNB), UNIT LAND PLANNING MEWAKILI BAHAGIAN GRID BERSAMA JABATAN PERANCANGAN, PEMBANGUNAN DAN LANSKAP, MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

RABU, 11 JANUARI 2023: Perjumpaan pihak Tenaga Nasional Berhad(TNB), Unit Land Planning mewakili Bahagian Grid bersama Jabatan Perancangan, Pembangunan dan Lanskap, Majlis Daerah Hulu Terengganu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Hulu Terengganu. Hadir mempengerusikan perjumpaan ini ialah Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT, Pn. Norida binti Mustapa, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan dan Lanskap, Ketua Jabatan Kejuruteraan, Ketua Bahagian Lanskap dan Ketua Bahagian Kawalan Bangunan.

Tujuan perjumpaan ini adalah sebagai medium dan platform bagi pihak TNB dalam memberi penerangan ringkas sebagai makluman awal kepada MDHT tentang perancangan pembangunan masa hadapan melibatkan infra Grid TNB di sekitar Daerah Hulu Terengganu. Justeru itu, melalui perjumpaan ini juga pihak TNB berhasrat untuk mendapatkan dan mengambil maklum sekiranya terdapat saranan dan cadangan daripada MDHT berhubung penerangan dan makluman perbincangan.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU