OPERASI TANGKAPAN HAIWAN MERAYAU

KHAMIS, 16 MAC 2023: Operasi Tangkapan Haiwan Merayau telah diadakan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Unit ‘Flying Squad’ Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Operasi ini juga turut disertai oleh Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT, En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor , Setiausaha MDHT, Ahli- ahli Majlis dan kakitangan MDHT.

Ia bermula pada jam 9 malam melibatkan beberapa buah kampung di kawasan operasi MDHT. Operasi ini diadakan bermatlamatkan sebagai satu usaha penyelesaian bagi isu keharmonian hidup komuniti setempat dan keselamatan pengguna jalan raya khususnya.

Semoga operasi seperti ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada penduduk dan dapat diteruskan sehingga isu haiwan berkeliaran dapat sama-sama diselesaikan demi kesejahteraan hidup bersama.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU