SELASA, 04 JULAI 2023: Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti Bil. 1/ 2023 bersempena Penarafan Kenyir sebagai Geopark Kebangsaan bermula 30 Mei 2023 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang telah bersidang pada 30 Mei 2023.
Jawatankuasa kecil ini ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan Kenyir Geopark dapat berjalalan dengan lancar sekaligus memberi impak positif terutama kepada masyarakat setempat dan luar Daerah Hulu Terengganu.