MENYAMBUT KEBERANGKATAN TIBA DYTM YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU DAN YAM TENGKU SRI SETIA MAHKOTA RAJA MENCEMAR DULI KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH HULU TERENGGANU

AHAD, 25 DISEMBER 2022: Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Setiausaha dan Ketua- ketua Jabatan serta Bahagian MDHT turut bersama En. Adnan bin Abdullah, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, YB Dr. Mamad bin Puteh, ADUN Kuala Berang dan DSP Hasmerra bin Hassan, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu serta Dr. Goh Soo Ning, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu menyambut keberangkatan tiba DYTM Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mu'’az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Hulu Terengganu.

Turut mengiringi baginda ialah Tengku Temenggong, Y.A.M Datuk Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhun Sultan Mahmud AL-Muktafi Bilal Shah dan YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa bencana banjir yang dilawati baginda ialah PPS SK. Kampung Kemat, Kuala Berang dan PPS SK. Kampung Kua, Ajil. Setelah berkenan mendengar penerangan daripada Pegawai Daerah Hulu Terengganu baginda berdua meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan semua mangsa bencana banjir sekaligus menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa bencana banjir di kedua- dua PPS tersebut.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU