MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI (KHAS) MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU 2022

MAJLIS SILATURRAHIM AIDILFITRI (KHAS) MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU 2022

KHAMIS, 19 MEI 2022: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Majlis Sillaturrahim Aidilfitri (Khas) Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M bertempat di Dewan Terbuka, perkarangan pejabat Majlis Daerah Hulu Terengganu. Turut diraikan ialah kakitangan bersara (Januari – Mei, 2022) dan Hari Lahir kakitangan yang lahir pada bulan Januari hingga Mei. Turut diadakan ialah Sesi Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan MDHT dan Sesi Penyampaian Duit Raya kepada anak-anak kakitangan MDHT dan Sesi Perlancaran Jersi Bola Sepak Hulu Fighters FC bagi Kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) oleh Yang Dipertua MDHT sebagai Bapa Angkat kepada pasukan bola sepak SUTERA bagi kontinjen Hulu Terengganu. Turut diadakan ialah Pertandingan dan Penyampaian hadiah kepada pemenang Booth Makanan Terbaik dan Pertandingan Pakaian Terbaik Peringkat Kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Hadir memeriahkan lagi majlis ini ialah YB. Dr. Haji Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu merangkap ADUN Kuala Berang, Ketua-ketua Jabatan Daerah dan Negeri Terengganu serta Ahli- ahli Majlis dan pesara-pesara Majlis Daerah Hulu Terengganu. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jabatan-jabatan dan kakitangan masing- masing sekaligus membentuk budaya kerja yang terbaik dan harmoni.
Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU