MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN AHLI MAJLIS

MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN AHLI MAJLIS

AHAD, 2 JUN 2024: Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi tempoh 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2026 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Majlis di saksikan oleh En. Mohd Fadli bin Ngah, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Hadir bagi pengakuan menerima jawatan Ahli Majlis ini ialah Tuan Haji Lizan Bin Che Mat, Pentadbir Tanah Daerah Hulu Terengganu bersama Ahli-ahli Majlis yang turut dilantik. Seramai 24 orang Ahli Majlis yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi tempoh 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2026.

Turut diadakan ialah Sesi Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Tn. Haji Mohd Razki bin Haji Yah@Alias, Ketua Whip Ahli Majlis MDHT. Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah dan syabas daripada En. Mohd Fadli bin Ngah, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu kepada semua Ahli Majlis yang telah menerima watikah pelantikan pada hari ini.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU