LAWATAN DELEGASI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

LAWATAN DELEGASI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN

AHAD, 29 MEI 2022: Lawatan Penandaarasan Majlis Daerah Hulu Terengganu ke Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan yang diketuai oleh Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia disertai Setiausaha, Ahli-ahli Majlis dan Ketua ketua Jabatan, Bahagian dan Unit Majlis Daerah Hulu Terengganu dan disambut baik oleh wakil jabatan Majlis Perbandaran Langkawi. Lawatan ini adalah merupakan salah satu daripada usaha MDHT ke arah pentadbiran pengurusan dan penyampaian kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan berdaya saing di masa hadapan sekaligus sebagai medium perkongsian ilmu bersama pihak berkuasa tempatan lain dalam usaha ke arah meningkatkan hasil dan pendapatan organisasi. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan di atas penerangan dan perkongsian ilmu serta layanan baik. Semoga lawatan ini dapat megeratkan silaturrahim dan hubungan kerjasama di masa akan datang.
Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU