JEJAK RAFFLESIA BERSAMA YBM TENGKU SERI BIJAYA RAYA, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

JUMAAT, 13 JANUARI 2023: Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu bersama Pn. Norida binti Mustapa, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan dan Lanskap MDHT serta En. Muhammad Amin Khalili, Ketua Bahagian Lanskap MDHT turut hadir menyertai Program Jejak Rafflesia Bersama YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ke Hutan Simpan Ke Hutan Simpan Tembat anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Pakma ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga parasit Rafflesia daripada keluarga Rafflesiaceae. Spesisnya berbunga sangat besar, dengan kudupnya muncul dari tanah atau terus dari pangkal batang pokok perumahnya. Ia adalah satu spesies yang mempunyai bunga yang terbesar di dunia. Berbeza daripada tumbuhan lain, Rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses kabon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. Di semenanjung Malaysia, Rafflesia hanya terdapat di empat(4) negeri termasuk Terengganu. Rafflesia hanya boleh dilihat dan bukan untuk disentuh kerana sifatnya yang sensitif. Ia mengambil masa sembilan(9) bulan untuk mekar akan tetapi tempoh mekar cuma dua(2) atau tiga(3) hari sahaja dan kemudiannya mati.

Penemuan Bunga Pakma atau dikenali sebagai Rafflesia di Hutan Simpan Tembat, Jenagor menjadi daya tarikan baharu buat pencinta alam. Kewujudan bunga spesis 'Rafflesia Cantleyi' itu menyebabkan jumlah kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri bertambah. kewujudan Bunga Rafflesia itu sedikit sebanyak membantu meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk setempat termasuk komuniti Orang Asli Sungai Berua.

Walaubagaimanapun, orang ramai perlu mendapatkan permit Jabatan Perhutanan Hulu Terengganu untuk melihat bunga berkenaan dengan permohonan perlu dibuat awal. Orang ramai yang datang untuk melihat kewujudan bunga Rafflesia di hutan simpan itu diminta mematuhi peraturan yang ditetapkan. Bunga Rafflesia ini ditemui secara berperingkat sejak Oktober 2019. Berdasarkan rekod, Bunga Rafflesia paling besar pernah ditemui bersaiz kereta Perodua Kancil di kawasan berkenaan. Jika sebelum ini, Bunga rafflesia hanya terkenal di Sabah dan Sarawak, kini ia turut ditemui di Terengganu dan wajar dijadikan tarikan pelancongan Terengganu khususnya Hulu Terengganu.

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU