ISNIN, 06 MAC 2023: Bengkel Peningkatan Hasil Majlis Daerah Hulu Terengganu 2023 telah diadakan bertempat di Dorsett Hotel, Kuala Lumpur. Hadir merasmikan sekaligus menyertai bengkel ini ialah Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif.
Turut menyertai bengkel ini ialah Ahli-ahli Majlis dan Ketua- ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MDHT. Antara objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi membincangkan kaedah yang bersesuaian bagi pembangunan dan peningkatan sumber dan hasil sedia ada serta prospek sumber hasil baharu Majlis Daerah Hulu Terengganu.