PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN (SST) SEBANYAK 8% BAGI SEWAAN DAN PAJAKAN PREMIS / TANAH MILIK MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU DI BAWAH AKTA CUKAI PERKHIDMATAN 2018
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, pihak Majlis akan mengenakan Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% kepada semua penyewa dan pemajak bagi premis dan tanah milik Majlis selaras dengan ketetapan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 di bawah kawal selia Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mulai 1 Oktober 2025.
3. Sehubungan dengan itu, semua penyewa/pemajak adalah diminta untuk mengambil maklum bahawa sewa bulanan selepas tarikh tersebut akan turut merangkumi caj SST dan akan dinyatakan dalam bil sewaan bulanan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis.
4. Pihak tuan boleh berhubung terus dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk permohonan pengecualian SST dan hendaklah mengemukakan salinan surat pengecualian SST berkenaan kepada pihak Majlis untuk tindakan selanjutnya.
5. SILA AMBIL PERHATIAN, bayaran SST akan dikenakan sehingga surat pengecualian dikemukakan kepada pihak Majlis.
Sekian, terima kasih.