Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu
ISNIN, 05 Mei 2025 : Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua yang melibatkan enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Daerah Besut, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Marang dan Majlis Daerah Setiu telah diadakan di Kediaman Seri Iman di hadapan YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu.
Turut mengangkat sumpah menerima jawatan ialah En. Mohd Nasir bin Kasim Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.