Penyelenggaraan Landskap
Penyelenggaraan kawasan hijau, taman rekreasi, potongan rumput dan pengindahan bandar di kawasan MDHT.
Bahagian Perancangan dan Pembangunan MDHT bertanggungjawab dalam menyelenggara kawasan hijau, taman rekreasi dan pengindahan bandar di seluruh kawasan pentadbiran majlis. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan meliputi potongan rumput, penanaman pokok, dan penjagaan taman awam.