Cukai Taksiran
Cukai harta yang dikenakan ke atas semua pegangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Cukai Taksiran Am ialah cukai harta yang dikenakan ke atas semua pegangan atau harta berdasarkan nilai tahunan dan kadar tahunan.
Tujuan
Pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur awam (lampu jalan, perhentian bas, kemudahan awam, jalan, parit)
Perkhidmatan pembersihan kawasan kediaman dan komersial melalui pengutipan sampah, potongan rumput, dan landskap
Penyelenggaraan pusat peniaga dan kemudahan awam di kawasan komersial utama
Cara Pengiraan
Cukai dikira menggunakan: Nilai Tahunan (berdasarkan nilai sewa semasa) × Kadar Tahunan (mengikut kategori dan lokasi harta)
Contoh: Sewa bulanan RM400 → Nilai tahunan RM4,800 → Kadar 4% → Cukai: RM192/tahun