MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
RABU, 01 Julai 2026 : Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Yang Dipertua yang melibatkan dua (2) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu iaitu Majlis Perbandaran Dungun dan Majlis Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Tingkat 12 Wisma Darul Iman di hadapan YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu.
Turut mengangkat sumpah menerima jawatan ialah En. Nik Mohd Syahrom bin Nik MD Hashim Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.