JASAMU DIKENANG
Makluman Penggunaan Sistem Pengurusan Permit Sementara (TemPe) Dimaklumkan bahawa urusan semakan dan bayaran permit sementara kini boleh dibuat melalui Sistem TemPe. Penggunaan sistem ini bertujuan menyokong proses pembayaran yang lebih sistematik, telus dan teratur, selaras dengan komitmen Majlis dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus yang baik. Sila tekan link dibawah untuk mengakses sistem TemPe. https://www.mdht.gov.my/ms
Baca LagiIKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU OKTOBER 2026
Baca LagiNOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN FT247 – JAMBATAN SG. KEPAH Dimaklumkan bahawa Jalan FT247 Seksyen 11.60, Jalan Kuala Berang – Sungai Tong, melibatkan Jambatan Sungai Kepah, akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai. Sekian, terima kasih. JABATAN KERJA RAYA HULU TERENGGANU.
Baca LagiMAKLUMAN Senarai Ejen bayaran parkir kereta di Kuala Berang dan Ajil. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ejen parkir MDHT adalah : 1) Bayaran parkir di sekitar Kuala Berang&Ajil (Jam,Harian,Bulanan) 2) Bayaran kompaun 3) Tambah nilai kredit ke dalam HTpark Cara bayaran adalah bergantung kepada pihak ejen parkir
Baca Lagi