Langkau ke kandungan

HEBAHAN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA

Kongsi
HEBAHAN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA

HEBAHAN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) akan mula melaksanakan penguatkuasaan kesalahan tempat letak kereta di kawasan yang telah diwartakan bermula 1 Julai 2026, meliputi kawasan Kuala Berang dan Ajil.

Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan supaya membuat bayaran tempat letak kereta melalui aplikasi HTPark yang boleh dimuat turun di App Store, Google Play dan AppGallery

Pihak MDHT mengingatkan semua pengguna supaya membuat bayaran parkir sebelum meninggalkan kenderaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dan pengeluaran kompaun.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:

 Hotline: 013-947 1466

E-mel: htparkmdht@gmail.com

Laman Web: www.mdht.gov.my

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai.

Arahan

Yang Dipertua

Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Berita Berkaitan

Tahniah dan syabas!

Tahniah dan syabas!

Tahniah dan syabas Majlis Daerah Hulu Terengganu di atas penganugerahan Bandar Pintar Perintis (Smart City Early Adopter) tahap 1.

Baca Lagi
TAHNIAH DAN SYABAS!

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu atas kejayaan meraih ANUGERAH PLATINUM dalam Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026. Kejayaan ini diraih menerusi projek inovasi: 🏆 “Mempercepat Proses Pengeluaran Lesen Pasar Malam/Sehari daripada 14 Hari kepada 30 Minit.” Kejayaan ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan usaha berterusan Bahagian Pelesenan dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat melalui pendekatan yang lebih pantas, cekap dan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja serta pasukan yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini. Ucapan penghargaan juga kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu & pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Terengganu yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menjayakan projek RKB ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta perubahan, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif serta berorientasikan rakyat.

Baca Lagi