Langkau ke kandungan

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Kongsi

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐€๐๐†, ๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š) โ€“ Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah melaksanakan Kempen Pasar Malam Bersih 2026 di Tapak Pasar Malam Kuala Berang sebagai usaha memperkasakan budaya kebersihan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga serta pengunjung.

Kempen ini bertujuan mewujudkan persekitaran pasar malam yang lebih bersih, selamat dan kondusif melalui amalan pengurusan sisa yang lebih sistematik serta pemeliharaan kebersihan kawasan perniagaan.

Antara pengisian utama program ialah:

Pembahagian tong sampah kepada para peniaga bagi memudahkan pengurusan sisa dan memastikan setiap gerai sentiasa bersih.

Penerangan ringkas mengenai kepentingan penjagaan kebersihan serta tanggungjawab peniaga dalam memastikan kawasan perniagaan berada dalam keadaan bersih sepanjang waktu operasi.

Hebahan dan promosi Kempen Pasar Malam Bersih 2026 sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Majlis Daerah Hulu Terengganu berharap inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap kepentingan menjaga kebersihan serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak majlis, para peniaga dan masyarakat dalam menjadikan pasar malam sebagai lokasi perniagaan yang bersih, ceria dan selesa.

Berita Berkaitan

MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PERMIT SEMENTARA (TemPe)
Pengumuman

MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PERMIT SEMENTARA (TemPe)

Makluman Penggunaan Sistem Pengurusan Permit Sementara (TemPe) Dimaklumkan bahawa urusan semakan dan bayaran permit sementara kini boleh dibuat melalui Sistem TemPe. Penggunaan sistem ini bertujuan menyokong proses pembayaran yang lebih sistematik, telus dan teratur, selaras dengan komitmen Majlis dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus yang baik. Sila tekan link dibawah untuk mengakses sistem TemPe. https://www.mdht.gov.my/ms

Baca Lagi
PEMBERITAHUAN  PENUTUPAN JALAN FT247 โ€“ JAMBATAN SG. KEPAH
Pengumuman

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN FT247 โ€“ JAMBATAN SG. KEPAH

NOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN FT247 โ€“ JAMBATAN SG. KEPAH Dimaklumkan bahawa Jalan FT247 Seksyen 11.60, Jalan Kuala Berang โ€“ Sungai Tong, melibatkan Jambatan Sungai Kepah, akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai. Sekian, terima kasih. JABATAN KERJA RAYA HULU TERENGGANU.

Baca Lagi
SENARAI EJEN BAYARAN PARKIR KERETA DI KUALA BERANG DAN AJIL
Pengumuman

SENARAI EJEN BAYARAN PARKIR KERETA DI KUALA BERANG DAN AJIL

MAKLUMAN Senarai Ejen bayaran parkir kereta di Kuala Berang dan Ajil. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ejen parkir MDHT adalah : 1) Bayaran parkir di sekitar Kuala Berang&Ajil (Jam,Harian,Bulanan) 2) Bayaran kompaun 3) Tambah nilai kredit ke dalam HTpark Cara bayaran adalah bergantung kepada pihak ejen parkir

Baca Lagi