Sesi Bicara Santai Bersama YB Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Siri 3/2006
IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU OKTOBER 2026
Read MoreNOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN FT247 – JAMBATAN SG. KEPAH Dimaklumkan bahawa Jalan FT247 Seksyen 11.60, Jalan Kuala Berang – Sungai Tong, melibatkan Jambatan Sungai Kepah, akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai. Sekian, terima kasih. JABATAN KERJA RAYA HULU TERENGGANU.
Read MoreMAKLUMAN Senarai Ejen bayaran parkir kereta di Kuala Berang dan Ajil. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ejen parkir MDHT adalah : 1) Bayaran parkir di sekitar Kuala Berang&Ajil (Jam,Harian,Bulanan) 2) Bayaran kompaun 3) Tambah nilai kredit ke dalam HTpark Cara bayaran adalah bergantung kepada pihak ejen parkir
Read MoreSELASA, 06 OKTOBER 2026: Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman tahun 2026 oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dengan diiringi oleh YB Dato’ Haji Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. En. Nik Mohd Syahrom bin Nik MD Hashim, Yang Dipertua MD Hulu Terengganu juga hadir memberikan ucapan tahniah kepada kakitangan MD Hulu Terengganu yang telah berjaya menerima anugerah tersebut. Tahniah dan syabas kepada En. Khairol bin Ali, Pembantu Khidmat Am H1, MD Hulu Terengganu yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu tahun 2026.
Read More