Bakul Prihatin untuk mangsa banjir di Hulu Terengganu

bakulprihatin2022

Yayasan MyPrihatin dengan kerjasama Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah melancarkan Misi Bantuan Banjir Hulu Terengganu untuk membantu mangsa banjir di daerah tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 600 pek Bakul Prihatin yang berisi pelbagai barangan makanan kering, barangan penjagaan kebersihan dan juga produk perlindungan diri daripada Covid-19.

Penyediaan pek Bakul Prihatin itu telah dijalankan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Mapim Malaysia Central Warehouse di sini baru-baru ini bagi memudahkan urusan logistik dan juga sesi pengurusan sumbangan oleh para sukarelawan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyPrihatin, Muhd. Al-Bazli Bakar dan Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Datin Seri Azlin Arshad.

Bakul Prihatin kemudiannya akan dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Ahmad Sani Araby Al Kahery ke Hulu Terengganu sebelum diagihkan kepada mangsa banjir oleh para sukarelawan Yayasan MyPrihatin, PruBSN Prihatin serta Mapim.

Sumber : KOSMO ONLINE | https://www.kosmo.com.my/2022/03/15/bakul-prihatin-untuk-mangsa-banjir-di-hulu-terengganu/

 

Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.