MENU

Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link Project)

Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar.

Di maklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar Malaysia sedang mengkaji Laporan EIA untuk cadangan Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link Project).

Orang awam adalah di alu-alukan untuk memberi ulasan bertulis ke atas laporan EIA tersebut yang boleh dirujuk di Majlis Daerah Hulu Terengganu.Program Seranta Awam (pameran) ini  dibuka di hadapan kaunter MDHT bermula dari 4 April 2017 sehingga 4 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut orang awam boleh hadir dan berurusan terus dengan Jabatan Perancang Bandar dan Desa MDHT.