MENU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk makluman, MDHT menyeru kepada pemilik perniagaan yang berlesen untuk membuat permohonan Pekerja Perkhidmatan Penghantaran (Runner) bagi Kedai Makan/Restoran/ Premis Perniagaan yang akan dibuka pada 22 April 2020 (Rabu), jam 11.00 pagi hingga 30 April (Khamis) jam 1.00 petang bertempat di Pejabat Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Waktu Operasi kaunter sepanjang tempoh permohonan adalah pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Pemohon dikehendaki membawa bersama:

1. Salinan Lesen MDHT.
2. Gambar ukuran pasport Penghantar/ Runner.
3. Salinan lesen memandu Penghantar/Runner
4. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30 untuk setiap Penghantar/Runner.