MENU

Untuk makluman , Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu memaklumkan bahawa hutan-hutan lipur dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan ditutup bermula pada 1 November 2018 sehingga 28 Februari 2019 berikutan musim tengkujuh dan risiko kepala air.

Diharap orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan seperti yang dinyatakan dalam tempoh tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.