MENU

Assalamualaikum...

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa berikutan dengan perkembangan fungsi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP sebagai dana persaraan dan penyelaras operasi perkhidmatan persaraan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bertujuan untuk melibatkan pesara secara langsung.  Justeru Kementerian Kewangan dengan kerjasama KWAP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui inisiatif NBOS telah mewujudkan aplikasi MyPesara yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2017.

Memandangkan majoriti pesara dan bakal pesara yang masih belum mengetahui dan menyedari kewujudkan seterusnya belum memuat turun Aplikasi MyPesara yang menawarkan pelbagai keistimewaan, pihak kami ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan membolehkan kami mewar-warkan inisiatif NBOS ini melalui pelbagai saluran komunikasi di kementerian/jabatan/agensi masing-masing. Risalah mengenai MyPesara adalah seperti di lampiran dan pautan video MyPesara adalah seperti berikut:

https://drive.google.com/file/d/1JjA64quv4ilUkeMit2iXSei1BG0hmXnd/view?usp=sharing

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.