MENU

KHAMIS, 29 DISEMBER 2016: Telah berlangsung Sesi Town Hall dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang 2016 serta Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Terengganu bertempat yang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Hadir menjayakan majlis ini ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Berang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Terengganu, Ahli-ahli Majlis MDHT, Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Terengganu, Pengerusi-pengerusi JPP bersama Setiausaha masing-masing dan kakitangan MDHT. Turut diadakan ialah Sesi Pembentangan berkaitan Peranan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) oleh En. Kamaruddin bin Kassim, Wakil Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Daerah Hulu Terengganu merangkap Pengerusi JPP bagi Zon Kuala Berang. Majlis berakhir dengan Acara Penyampaian Hadiah Bagi Pertandingan PBT Cemerlang Majlis Daerah Hulu Terengganu 2016 dan Jamuan Makan Tengahari.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PBT CEMERLANG MDHT 2016

KATEGORI PERTANDINGAN KAMPUNG PALING BERSIH

JOHAN

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

KG. TANAH LOT BATU 18

KG. PASIR SIPOL

KG. BINJAI KERTAS

 

KATEGORI PREMIS MAKANAN PALING BERSIH

JOHAN

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

RESTORAN COMBI GRILL

WARUNG CHE YAH

PREMIS ROHANI BINTI NORDIN

 

 

KATEGORI TADIKA DAN SEKOLAH PALING BERSIH

JOHAN

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

S.K DUSUN

SMK KUALA JENERIS

TADIKA KG. TAJIN

 

KATEGORI  TANDAS AWAM PALING BERSIH

JOHAN

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

TANDAS AWAM PADANG ASTAKA K.BERANG

TANDAS AWAM HENTIAN BAS K.BERANG

TANDAS AWAM TOK RANDOK

 

KATEGORI MASJID DAN KUBUR PALING BERSIH

JOHAN

NAIB JOHAN

TEMPAT KETIGA

MASJID AS-SAJIDIN, TOK GEBOK AJIL

MASJID KG. PASIR SIPOL K.BERANG

MASJID FELDA TERSAT