MENU

ISNIN, 06  FEBRUARI  2017: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Sesi Town Hall Bagi Projek Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Kompleks Perniagaan Hotel Dan Dataran Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang serta Hari Bertemu Pelanggan Majlis Daerah Hulu Terengganu 2017 bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang. Hadir menjayakan majlis ini ialah Y.B.M Dato’ Haji Tengku Putera bin Tengku Awang Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Berang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi  bin Razik Pegawai Daerah Hulu Terengganu, En. Osman A. Bakar Yang Dipertua MDHT,  Ahli-ahli Majlis MDHT, Ketua-ketua Jabatan Daerah Hulu Terengganu, Pengerusi - pengerusi J3K, Pengerusi-pengerusi JPP bersama Setiausaha dan AJK masing-masing, wakil NGO serta Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan MDHT. Turut diadakan ialah Sesi Pembentangan daripada pihak konsultan projek berkaitan dan sesi soal jawab. Majlis berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari.