MENU

AHAD,19 APRIL 2020: Sesi penyampaian topeng muka atau face mask dari  MR.DIY Cawangan Kuala Berang kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu bertempat di Pejabat Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Sumbangan ikhlas ini disampaikan oleh Pn.Roniza binti Abd Rashid, Pengurus Cawangan MR.DIY Kuala Berang dan En.Muhammad Khairul Syahmi, Penolong Pengurus Cawangan MR.DIY Kuala Berang kepada En.Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Sumbangan ikhlas ini adalah merupakan tanggungjawab sosial korporat dan juga satu bentuk penghargaan bagi petugas barisan hadapan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh warga MR.DIY Cawangan Kuala Berang di atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga kita sama-sama berganding bahu dalam memerangi wabak COVID-19.