MENU

ISNIN, 12 APRIL 2021: Sesi menandatangani perjanjian bersama pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd sempena Pensijilan ISO 9001:2015 Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Tn. Syed Faddly Bin Syed Baharudin, wakil dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Turut serta ialah En. Mohd Fauzi Bin Muda, Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Majlis Daerah Hulu Terengganu telah berjaya mendapatkan persijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti SPK (QMS) menerusi SIRIM QAS International Berhad. Tempoh sah sijil 04 September 2020 sehingga 03 September 2023. Pengiktirafan sijil ISO ini membuktikan bahawa ianya merupakan salah satu usaha ke arah penambahbaikan secara berterusan dalam menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efisien kepada orang awam.

Pencapaian ini adalah hasil usaha dan komitmen seluruh warga kerja MDHT dengan melaksanakan misi demi mencapai visi Majlis Daerah Hulu Terengganu seiring moto MDHT, Bergerak Bersama.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 20 September 2021 - 10:13pm