MENU

SESI CERAMAH PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU DI PEJABAT: PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 DI PEJABAT

KHAMIS, 25 November 2021- Ceramah Pembudayaan Norma Baharu Di Pejabat oleh Dr. Reshma binti Abdul Kalam, Pegawai Kesihatan Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, sebagai usaha mengekang dan mencegah penularan wabak COVID-19 di kalangan kakitangan dan pelanggan yang berurusan di pejabat MDHT. Ceramah ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MDHT, Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun dan dihadiri oleh kira-kira 90 orang kakitangan MDHT yang terdiri daripada Tuan Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan,Bahagian dan Unit Mdht secara dalam talian melalui platform aplikasi zoom.