MENU

PROGRAM JOM KENAL TAMAN NEGERI TERENGGANU DI SETIU WETLAND

ISNIN, 26 OGOS 2019: Program Jom Kenal Taman Negeri Terengganu di Setiu Wetland. Program ini disertai oleh semua wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu. Majlis Daerah Hulu Terengganu turut sama menyertai program ini dan turut turun padang ialah Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu, Pn. Noor Zatil Aqmar binti Mohamad Nor. Dengan keluasan 23 ribu hektar dan memiliki sembilan ekosistem, Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali 'Setiu Wetland' merupakan tanah lembap terbesar di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. kerajaan negeri telah mewartakan sebahagian daripada kawasan itu sebagai taman negeri untuk menjaga kelestarian ekosistemnya. 'Setiu Wetland' semenjak diwartakan telah menjadi tumpuan penyelidikan dan eko-pelancongan kerana keunikan alam dan hidupannya. Keunikan dan kepelbagaian hidupan turut sesuai dibangunkan sebagai produk 'edu-tourism'.